Monday, 22 January 2018

Black Knight: The inside story

Annyeonghaseyo yeorobun..

Sapa ada layan drama korea Black Knight: The Man Who Guards Me di KBS2?? Drama ni nak kata best tu, so-so je tapi plot utama cerita ni yang menarik perhatian, ada kena-mengena dengan bidang kerja teman...tentang hartanah..

Kim Rae Won & Shin Se Kyung

Drama mengisahkan Moon Soo Ho (MSH) yang menjadi yatim piatu telah dibela oleh bapa Jung Hae Ra (JHR). MSH menjadi tutor kepada JHR dan mereka bersahabat baik, cam suka sama suka, tapi terpisah (MSH lari kerana terdengar cercaan bapa JHR). Mereka berjumpa semula selepas 10 tahun di Slovenia. Part ni sangat best, cinematografi yang sangat cantik..ada castle di tepi Tasik Bled, Slovenia negara yang cantik..


MSH dan JHR ialah jelmaan semula (reincarnation) kepada pasangan suami-isteri di zaman Dinasti Joseon. Ada dua orang perempuan dari zaman Joseon (Sharon dan Baek Jae) yang immortal (tidak mati) sebab kena sumpahan yang berkaitan dengan pasangan suami-isteri tersebut. Di dunia moden, Sharon dan Baek Jae kena cari penyelesaian untuk sumpahan tersebut.

Awal-awal episod macam pening-pening lalat sikit, sebab tengah2 cerita zaman moden, berbalik ke zaman Joseon, editing macam bercelaru. Tapi semakin baik di episod-episod seterusnya.

Yang sangat menarik perhatian saya dalam drama ni ialah projek perancangan bandar @ urban planning yang menjadi plot utama drama ni. Bila dengar je MSH beritau JHR yang syarikat dia terlibat dengan projek membangun kawasan kejiranan di Seoul dan menghalang 'gentrification', wahh..minda terus jadi gembira. Pertama kali dengar perkataan 'gentrification'. Penulis skrip yang bagus. Thumbs up.



Apakah gentrification? Gentrification is a process of renovation of deteriorated urban neighborhoods by means of the influx of more affluent residents. This is a common and controversial topic in politics and in urban planning (source: wikipedia).

Lebih kurang maknanya ialah pembinaan semula 'slump area' di kawasan bandar dengan membina projek bertaraf tinggi yang menyebabkan penduduk asal terpaksa berpindah kerana harga hartanah dan sewa yang tinggi. 



Gentrification. Urbanisation. Conservation. Dalam drama ni, kita dapat lihat pertembungan ideologi pembangunan diantara MSH dan Park Chul Min (PCM). MSH melalui syarikatnya, Blacksmith, menentang pembangunan semula, ingin mengekalkan dan menambahbaik rumah-rumah hanok, mencipta 'budaya baru' untuk menarik pelancong. To revive the old neighbourhoods.
 

Seoul Neighourhood project. Seoul City Revival project. Dan bagaimana projek ni dihubungkait dengan pelancongan tempatan (local tourism).

Projek ini bukanlah rekaan dalam drama semata-mata. Ianya ialah projek sebenar di Seoul, di satu perumahan tradisional hanok di Ikseon-dong. Terbaiklah team Black Knight, sangat kreatif dan well-researched. That's what I like kdrama.

  Ikseon-dong

PCM pula sama macam pemaju2 yang lain, nak robohkan rumah-rumah lama ni, nak bina kompleks komersil dan apartment servis. Mereka berlumba-lumba contact tuan tanah, pemilik kedai, berebut-rebut membeli hartanah bagi menjayakan impian mereka.

Apakah tawaran MSH kepada tuantanah dan pemilik perniagaan untuk mengekalkan hartanah/perniagaan mereka?

1. Reasonable lease business -  sewa bangunan komersil yang munasabah
2. Guaranteed 5-year contract - perjanjian sewa selama 5 tahun
3. With a set rental fee - dengan kadar sewa yg telah ditetapkan dan ada limit mengenai kenaikan sewa - rent control (situasi menang-menang diantara tuantanah dan penyewa) 


4. Foreign franchise stores will be regulated for certain periods. They will be financially supported for repairing old buildings by the local governments.


Di Malaysia, dulu ada Rent Control Act 1966 tapi telah dimansuhkan pada tahun 1997. Akta ini untuk mengekang kenaikan sewa secara mendadak di kawasan tapak warisan di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur. Di Georgetown, heritage area masih terpelihara dan banyak bangunan kedai pre-war diubahsuai menjadi cafe, hotel, restoran dan pubs, menyebab harga dan sewa melambung tinggi di kawasan tapak warisan.

Cuma di Kuala Lumpur, heritage area seperti entry Jejak Warisan, masih lagi belum menampakkan hasil. Namun ada usaha untuk memberi nafas baru kepada kawasan ini - usaha dari Think City, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd dan funding dari Yayasan Hasanah

ThinkCity - Rejuvenating The City. Think City is a community-focused urban regeneration organisation that aims to create more liveable, resilient and people-centric cities.

Dalam episod 7, MSH dan PA dia berbincang mengenai kawasan yang nak dipelihara, termasuk satu plot tanah kosong.
 


MSH cakap kalau tak dapat beli tanah kosong tu, buat permohonan untuk dapatkan 'surface rights'. 


Yaa, kerjasama diantara tuan tanah dan pemaju. Ini berkaitan dengan definisi tanah. Menurut Kanun Tanah Negara 1965, "land" includes (a) the surface of the earth and all substances forming that surface; (b) the earth below the surface and all substances therein; ada 3 lagi definisi (c), (d) dan (e)..yang ni boleh check dalam KTN.

Definisi 'surface rights' mengikut USLegal - Surface rights refer to those ownership rights in a parcel of real estate that are limited to the surface. It does not include air rights or subsurface rights. 

Maknanya 'surface rights' ni lebih kurang surat kuasa wakil penuh (the full Power of Attorney) untuk memajukan tanah, tidak termasuk 'air rights' dan hakmilik bawah tanah, dimana tuan tanah boleh claim compensation for 'air rights' dan hak bawah tanah ni, contohnya, bagi kes-kes pembinaan LRT, MRT, flyover, elevated highway dan yang sewaktu dengannya. 

Di Malaysia sekarang ni, hakmilik tuan tanah untuk bawah tanah ialah 6 meter bagi tanah pertanian; 10 meter bagi tanah bangunan (perumahan & komersil) dan 15 meter bagi tanah industri. Selebihnya ialah hak Kerajaan Negeri.

Yang pastinya, barang lama tak semestinya tidak berharga. Bak kata pepatah inggeris 'old is gold'. Hanya jauhari yang mengenal manikam..
 

ya, setuju sangat. We must know the value and preserved it for the future generation. Classic, vintage, retro.

Di Malaysia, ada banyak projek gentrification dan conservation. Contoh project gentrification di Kuala Lumpur ialah project YTL di Sentul - projek pembangunan semula tanah Keretapi Tanah Melayu - dengan dua projek kondominum gedik - the Capers dan the Fennel.

Contoh projek conservation - di Sentul Park, kilang papan dipulihara dan dijadikan Kuala Lumpur Performing Arts Centre (PAC), boleh refer entry ni - Less havoc - the Sentul Park.


   
Satu lagi contoh ialah bangunan kilang APW - Art Printing Works di Jalan Riong - kilang mencetak suratkhabar/majalah ditukar kegunaan kepada event space, ruang pejabat,  cafe dan bakery - the Breakfast Thieves, PULP dan Agak-Agak. Kena pergi ni, melihat conservation success story.

kawasan APW, Jalan Riong, Bangsar

Berbalik kepada drama ni, adakah hero akan berjaya dengan misi conservation? Tungguuu..sekarang baru episod 14, mula-mula drama ni 16 episod je, menurut maklumat, akan disambung sampai 20 episod..

Apa-apa pun hero mesti menang...#teamMSH..#teamBlacksmith..

34 comments:

  1. memamg layan cerita. surface right tu memang x faham pun masa tengok cite ni. so, now faham la jugak sesikit. basically, cerita ni macam kait2 jugak la ye dgn law yang ada dekat malaysia kite sekarang. dapat tgk perspective yang berbeza bila baca entri ni. tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangunan semula, conservation old buildings, urban planning - lebih kurang sama kt mana2 negara...bila semakin maju sesuatu kwsan, harga & sewa akan naik..

      Delete
  2. Pergh!! Ni yang menariknya bila tengok K-Drama.. Maklumat-maklumat macam inilah yang buat kita seronok.. Fakta-fakta yang dikongsi.. Tu yang buat K-Drama ramai peminat selain pelakon dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. k-drama ni banyak genre, tu yg best tengok...cerita mereka detailed, script-writers the best, we can learn something from k-drama..esp citer medical, legal, penyiasatan..

      bila masuk forum soompi, forumer dtg dari pelbagai negara, hampir seluruh dunia.. ramai international viewers..

      Delete
  3. DRAMA YG XKOSONG TP BNYK INFO TNTG PMBNGUNAN HARTATANAH..BAGI YG FHM TNTU SUKA TAPI SERONOK JUGA KSH HIDUP SEMULADI ERA BARU STLH BRADA DI ZAMAN LAMA..REALITI CAMPUR MISTIK..DRMA K BNYK PLOT GITU

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berkaitan dgn hartanah, mmg suka sbb realiti nya sama di mana-mana..manusia ni sama, pembangunan utk mendapat untung tinggi..yg tk mampu terpinggir..

      suka jg layan k-drama zmn lama, sageuk drama..byk citer ttg raja2..

      Delete
  4. Hmm...cerita Korea ni tak dan nak tengok... tapi gambar dalam entri saya suka...lorong yang ada binga bunga tu...saya suka sangat...teringin nak ke Korea juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya download & tgk bila2 free..nk tgk kt tv mmg tak dan...Ikseon-dong kwsn perumahan lama, rumah hanok pun buruk2 je, tapi sekrg jadi tumpuan pelancong sbb ada cafe, kedai souvenir..in shaa Allah, teringin gak nak melawat Ikseon-dong ni..

      Delete
  5. Waaa, this is why I like reading your blog sis, thumbs up for your tireless effort in sharing interesting information relating to your field of expertise ;3

    Black Knight, masa mula2 tengok tu rasa macam menarik juga, tapi bila mai episodes dorang dah bercintan lovey-dovey gitu, dah jadi malas nak sambung tengok. Hahaha... tapi lepas baca review sis ni, I think I'll go back to watching this kdrama (with a different mindset), hehee X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is caring..for general knowledge..and for me, as a revision for my upcoming interview..

      hihi..banyak sgt cheesy lines, asyik2 nak peluk-cium, nak tergelak pun ada...hahaha..recent episod - company MSH dah win project conservation ni..

      Delete
  6. alaaa nyesal baca. dah rasa nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tengok kt internet, slow2..takes sweet time, sbb citer ni mcm takde rasa 'tak sabar2' nk tunggu next episod..tapi wardrobe semua cantik2, suka tgk rumah & ofis MSH..

      Delete
  7. Kalau dah start tengok drama korea memang boleh 'melekat'..
    Menarik jugak cerita ni. Bole masuk list..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, bila dh start mesti nak tengok sampai habis..hihi..tmbahan citer yg berkaitan dgn kerja..tp citer ni slow-pace sikit..byk sgt adegan lovey-dovey main actors..

      Delete
  8. abe kie x berapa minat citer korea. tp anak2 suka la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan sekali-sekala, suka citer yg membangun minda...

      Delete
  9. Wah, banyak term-term perkataan yang spesifik berkaitan dengan town/urban planning. Rasanya hanya orang yang bekerja di dalam bidang perancangan bandar dan hartanah je tahu perkataan yang spesifik tu. Tq so much kak Nohas kerana explain maksud perkataan berkenaan. Jelaslah penulis skrip drama ini mmg betul2x wat kajian mengenai selok belok kerja berkaitan bidang perancangan bandar. Hihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. elemen town planning byk ditampilkan dlm citer ni..dlm episod terbaru ada public hearing, which part of planning process, rasanya digunapakai di seluruh dunia..
      drama korea byk genre ttg kerja..lawyer, prosecutor, doktor, tu yg best tengok..
      you're welcome...just sharing apa yg tahu, buat revision jg ni..hihi..

      Delete
  10. dah download few episodes tapi tak tengok lagi. menarik kan suka heronya.. heroin biasa2 je hehe.. tengah download im not a robot jugak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..hero dia best, heroin biasa2 je..
      im not a robot pun depa ckp menarik plot citernya..tp akk tak tengok..tengok citer ni je at this moment..dgn Punch, citer lawyer-prosecutor, hero yg sama berlakon..citer thn 2015, baru nk tengok...

      Delete
    2. im not a robot tu comel and sedih and serabot emosi tngk tapi best hehehe.. ini CT tak mula tngk lagi. hero dia lama tak belakon. dia blakon Doctors akak tengok ? caaaaaair secairnyaaa hahaha..

      Delete
    3. hehe..caaair..rating Doctors tinggi jgk kan..citer black knight ni pun sama jgk, letihh..asik2 nk kiss..

      akk baru download Doctors, blm tgk, nk hbskan Punch dulu..im not a robot, ntahlah tk terasa nk tgk..huhu..

      Delete
    4. update : da habis download Knight tp tak tengok lagi. Im not a robot on the way nak habis. walaupun cem krik krik citer orang blakon jadi robot tapi haaih.. emosi bergolak tengok hahaha..

      i is kenot laaa sengih2 je.. tengok Doctors sambil hati munge2 nanti kak and banyak kissing jugak haaaih.. sbb tu citer dewasa sikit kot. selamat ber'Doctors' =D

      Delete
    5. black knight tinggal 2 episod lg..sekrg ni extremely busy dgn kerja, kes urgent..terpaksa kiv aktiviti menonton..huhu..

      Delete
  11. Sekarang ni bunda tak berkesempatan mengikuti drama2 Korea ni.. minat tu ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..Bunda pun minat..bila dh start tgk, mmg nk tunggu sampai habis..
      sekrg ni tgk satu, dua drama je, itu pun download, nk tngok kt tv mmg tk sempat..

      Delete
  12. Replies
    1. best jg walopun episod mula2 tu cam pening sikit..banyak benda cantik2..esp baju2 pelakon wanita..very elegan..

      Delete
  13. nanti nak try layan tgok..hehe

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...