Saturday 27 September 2014

Japan: Day 1 - Nagoya (last)

Selepas berehat-rehat di bilik hotel, plan nak ke Nagoya Castle. Naik subway Sakura-dori ke Hisaya-odori station, kemudian ambik Meijo line ke Shiyakusho station, exit 7.

Exit 7 Shiyakusho station
Hajat tak kesampaian, sampai saja di main gate, dah pukul 5.30 petang, dah tutup.


Alang-alang dah sampai, ambik gambar signboard..sebagai bukti dah sampai sini..hehe..Kemudian decided pergi ke Oasis 21..masa nak turun, terserempak dengan orang Malaysia, suami isteri dan anak kecil mereka..mereka pun nak ke Nagoya Castle, bila inform dah tutup, mereka pun nak ikut ke Oasis 21.

Bergeraklah kami naik subway Meijo Line ke Sakae station, tengok signboard, tanya orang, akhirnya sampai juga di Oasis 21. Naik ke rooftop, nak tengok atap yang berair dan Nagoya TV tower...tak sempat nak ambik gambar dari jauh dua2 landmarks Nagoya ni, dah nak gelap..



Tak berlama-lama di sini, turun ke bawah, tengok suami-isteri tadi ada dekat Tourist Information Centre. Masuk TIC, usha-usha fridge magnet, mahal. Tengok ada poster teater bangsawan, ada tulis Nagoya, macam best je...

cerita Nagoya
Dah nak menjelang malam, naik subway Meijo Line ke Kamimaezu station untuk ke Osu Shopping Arcade.

turun station ni dari Sakae stn
Keluar Exit 8, ada pulak signboard ni...Covent Garden underground..sama konsep kot..


Naik je ke atas, terus jumpa..lambaian patung kuching ni..Osu shopping arcade ialah covered pedestrian shopping area di downtown Nagoya...walaupun untuk pejalan kaki tetapi penunggang basikal tetap ada dimana-mana...





Berjalan tanpa arah tujuan, sebenarnya mencari kedai jual adapter dua pin Jepun. Akhirnya jumpa di kedai Akky One..Alhamdulillah..


Lintas jalan nak bergerak balik, tiba-tiba terjumpa kedai Mega Kebab ni..Alhamdulillah..singgah melepas lelah + dinner..

Ada kebab and ais krim Turki
Order French medium dan ais krim..lega..dah kenyang, bergerak balik. Nak ke Osu Kannon subway station, ikut jalan depan Mega Kebab..on the way, jumpa kedai yang cute ni..Alice on Wednesday..

kedai yg cute..Alice on Wednesday
banyak pintu..tapi pintu kecik coklat juga yg diguna
tempat letak pamphlet kedai
Osu Kannon temple
Kena lalu depan Osu Kannon temple ni..terus ke jalan besar untuk ke subway station. Turun ke platform 2, naik Tsurumai Line ke Marunouchi station, kemudian ambil Sakura-dori line ke Nagoya station.

Kami Otai pun ada
Malam minggu di Nagoya..seperti juga bandar-bandar lain, penuh dengan orang ramai...dari JR station, berjalan ke arah Meitetsu Plaza, ada Passe shopping complex..Midland Square..

Midland Square
Nana-chan doll
Labi Nagoya
Spiral building Node Hal Isen
Ramai pemuzik-pemuzik jalanan berbekal gitar moden, ada yang bagus, ada yang suara ke laut..

sambutan hangat..
Menghirup udara malam Nagoya...berjalan menuju ke tempat beradu..the Montblanc..


Sekian, jalan-jalan di Nagoya, bandar Toyota, Noritake ni. Tak sempat nak pergi Museum of Science and Planetarium yang terbesar di dunia. Lain kali..hopefully..

Esok dah nak check out untuk ke Osaka, tapi sebelum tu terjah ke Takayama dan Shirakawa-go...merasmikan JR Pass..OK, bersambung next entry..

12 comments:

  1. Pin plug di jepun berbeza dengan pin standard antarabangsa yang lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pin plug di Jepun guna dua mata yg jenis nipis, tak mcm Korea dn Indonesia, jenis bulat..

      Delete
    2. Hahaa betulll... menggelabah jugak saya kat Tokyo aritu mencari plug adaptor nippon, skali bila dapat pun, tak boleh nak guna buat seterika baju pakai seterika malaysia yang saya bawak ke sana, sebab voltan tak sesuai... huhuu, nanti ni dah tau dah, kalo pi japan lagi, mintak saja iron hotel, ataupun beli sendiri iron nippon yang kecik kat sana... huhuu~ X3

      Delete
    3. voltan mereke lebih rendah, saya pun bawa iron dr M'sia, takleh nak guna..

      Delete
  2. bestnya jalan2 di nagoya yer kalau dpt bawa proton sebiji ok jua...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 naik subway, penat jg...turun naik tangga..

      Delete
  3. Mega Kebab tu memang tempat melepaskan lapar...
    banyak rupanya tempat menarik di nagoya ni..
    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terjumpa Mega Kebab ni, besar portion kebabnya..memang kenyang..

      Banyak muzium di Nagoya tapi tak pergi..

      Delete
  4. Alaaa awainya Nagoya castle tu tutup, earlier than 5.30pm... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. last entry pukul 4.00pm, tutup pkl 4.30pm...

      Delete
  5. Nak cari makanan halal senang tak kak? ermmm idah kalau travel lebih suka kaw luar bandar... macam takayama tu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah jg, yg jumpa kedai Turkish kebab, OK jugalah...kena bawa bekalan mknan dari M'sia...nak gi luar bandar memang jauh, kena plan betul2..Takayama memang menarik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!