Friday 31 May 2013

South Korea : Day 2 Sungnyemun-Namdaemun-Gyeongbokgung Palace

Hari kedua di South Korea, pukul 4.00 pagi dah bangun. Waktu Suboh pada musim bunga di sini pukul 3.30 pagi..kalau kat Malaysia, baru pukul 2.30 pagi...ayoyo, awalnya..tapi tak terasa sebab excited nak start the adventure..sebelum keluar,buat sandwich sardin untuk lunch (sebab dah plan malam baru balik GH). Untuk breakfast - habiskan nasi impit, makan dengan ayam masak merah 'Adabi', sambal bilis kering dan timun..heavyweight (utk stamina..hehe)..

Sandwich sardin & bekalan makanan dari M'sia
Breakfast - timun dibawa dari M'sia
Pukul 6.30 pagi dah keluar, hari sudah terang-benderang. Destinasi pertama - Namdaemun Market.  Market ni dibuka dari 7 pagi hingga 7 malam dari hari Isnin hingga Sabtu. Hari Ahad di buka dari pukul 4.00 petang hingga 10 malam.


the market place
Laluan yang diambil: dari Euljiro 3(sam)-ga, naik Line 3 - turun di Chungmuro, then ambik Line 4, turun di Hoehyeon, Exit 5.  Bila keluar ikut Exit 5, terus sampai di Gate 6, di kawasan macam di bawah ni.
Namdaemun Market - penuh bendera
Semasa kami sampai di sini, ramai peniaga baru nak buka kedai. Banyak bendera pelbagai negara digantung di dalam kawasan ini, tertanya-tanya juga ada event apa. Rupa-rupanya bendera negara-negara yang menolong Korea Selatan semasa dan selepas Korean War 1950 - 1953.
Namdaemun Market ni ada banyak entrance dan setiap entrance ditanda dengan nombor gate. Cari juga pintu gerbang yang ada tulis nombor gate, dah takde, dah diganti dengan macam di bawah ni.
Gate 4
Kami pun bersiar-siar dalam market, melihat suasana pagi dan mengikut langkah kaki dari Gate 6, turun ke bawah ke Gate 2, ikut jalan luar, lalu tepi Shinsegae Building, pusing hingga Gate 4. Jumpa kedai kebab, nampak notis 'We are no open today'..jalan lagi di sepanjang jalan besar, beli tomato ceri di tepi jalan, morning walk hingga ke Yeonsei Foundation Building, nampak Seoul Station & Lotte, kiranya buat satu pusingan Namdaemun Market..nak cari Gate bawah ni..
Sungnyemun Gate
Historical facts - sila baca
Masa sampai di sini, baru pukul 8.10 pagi, entry time pukul 9.00 pagi. Lama lagi nak tunggu, tapi dah sampai, kenalah masuk dan tengok Gate ni, Korea's Treasure No. 1, baru sahaja dibuka pada May 2, 2013.  Duduklah di tebing batu, ada 7-E, beli susu pisang (*ya enak juga*) sambil layan scenery, tengok pekerja pejabat lalu lalang, cuci mata tengok handbags.
ke pejabat
Tak ramai tourist masa ni. Masuk free. Dah masuk, la sekeping ni saja, masuk pintu gate, keluar ke belakang, dah habis..nak posing lebih-lebih pun segan, depan traffic light..haha..
Close-up - bahagian depan, ada pintu
Bahagian belakang
view dari gate bahagian belakang
Bagi mereka yang selalu menonton Korean historical drama (sageuk), gate macam ni memang selalu ada, time polis nak tangkap penjahat (kononnya), mereka akan tunggu kat Gate, periksa orang yang nak keluar masuk kota, bila ada wabak penyakit di luar kota, Gate akan ditutup, tak bagi merebak ke kota, macam tulah lebih kurang..

Kemudian kami decide nak pergi balik ke Namdaemun Market, dengan harapan banyak kedai dah dibuka. Kali ni tak perasan masuk gate nombor berapa, tiba-tiba ada seorang lelaki tegur 'Apa khabar? Malaysia? Mari, mari, halal, halal' terkejut juga sapa yang cakap Melayu ni, rupa-rupanya pekedai jual kuih tradisi Korea ni - kuih Ta-Rae.
 
ni kedainya
Cara-cara membuat kuih Ta-Rae






Kuih Ta-Rae - inti kacang
Kuih Ta-Rae ni dibuat dari madu, dari seketul kecil, kemudian jadi helaian-helaian halus, beribu-ribu helai (dia cakap magic show), membalut kacang, mula-mula rangup, kemudian liat, rasa manis sikit. Macam kacang tumbuk. Beli lah dua kotak, KRW10,000.  Jalan lagi, beli key chains dan fridge magnet.

Kemudian, meneruskan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace. Jalan kaki ke City Hall station, ingatkan dekat, rupanya jauh juga.

Laluan yang diambil: City Hall station, Line 1 ke Jongno 3(sam)-ga, ambil Line 3 ke Gyeongbokgung station, Exit 5. 

Exit ni memang terus ke Gyeongbokgung Palace. Entrance fee: KRW3,000. Masa ni memang ramai sangat tourists dan rombongan budak-budak sekolah. Dengan suasana bingit dan bising, nak snap gambar pun penuh dengan manusia.

Gyeongbokgung Palace
different angle
kawasan istana
Ceiling details
Berpuas hati dengan gambar-gambar yang disnap. Tak meronda dengan sepenuhnya sebab kawasannya luas.  Menghampiri pukul 11.00 pagi, bergegas keluar ke Gwanghamun Gate untuk tengok upacara 'Changing of Guards'.  Tengok tourists dah ramai menunggu. Dapat juga spot yang OK.

bersiap sedia
permulaan
The men in action
Walaupun upacara ni sekejap sahaja, tapi dapat juga menyaksikan upacara penuh istiadat ini. Cuma Gyeongbokgung dan Deoksugung Palace sahaja yang ada upacara ini, so make sure tengok, jika datang ke Seoul. Timingnya pukul 11.00 pagi, 2.00 petang dan 3.00 petang.

Selepas, sesi bergambar dengan guard-guard yang bermuka serius ni, kami decide untuk balik ke GH. Dah pancit, maklumlah baru first time jalan berbatu-batu, kejutan otot. Ambik Line 3, terus balik ke GH. Planning nak ke Bukchon Hanok Village dan Insadong terpaksa dibatalkan. Sekian, bersambung untuk Part 2 - sesi petang pula.

No comments:

Post a Comment

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!