Tuesday 20 December 2011

Exotic Escapades

"Pergilah Bangkok, shopping murah di sana" saran big boss..

"Hmm..ok juga"..fikir-fikir, two h
eads are better than one..


"Kita gi Bali nak, kak. Kita bukan nak shopping-shopping. Nak relaks tepi laut, urut2 badan di spa, lepas tension..." kata sahabat, Krabat Kramat.
"OK juga." Teruja. Bali. Pulau peranginan yang terkenal di dunia.
 
Bermulalah pencarian di internet, disusuli dengan ‘meeting’ di rumah ‘team ke Bali’ kemudian, carian di internet lagi untuk confirm tourist guide, akhirnya pada tengahari 12 November 2011, MH 851 membelah angkasa menuju ke Bandara Ngurah Rai, Denpasar, Bali. Thanks to the internet, now everybody can design their own holiday..
 
Touchdown. Kamar kecil. Immigresen. Alamak, pegawai immigresen muka macam Afgan, penyanyi lagu kegemaran ‘Bersujud padamu’. Berkacamata. Astagfirullah, ke situ pula fikiran melencong..
 
Perjalanan keluar dari airport amatlah menyesakkan fikiran, dengan trafik jam, lencongan, disebabkan kerja-kerja penaiktaraf dan pelebaran terminal. 2013 dijangka siap, lama lagi tu..
 
Dalam mobil bergerak perlahan, ternampak Masjid Agung. Terselit diantara deretan kedai-kedai. Dihadapannya, terdapat beberapa lelaki sedang parking motosikal, nak solat berjemaah gayanya. Dah masuk waktu asar rupanya, pukul 3.30 petang. Walaupun jamnya sama dengan Malaysia, tetapi masuk waktu solat lebih awal satu jam. Alhamdulilah, nampak juga orang Muslim di kepulauan ini, yang memanjatkan doa kepadaMu, Ya Allah..
 
Perjalanan ke Ubud mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sengaja kami memilih Ubud supaya percutian ini lebih eksotik..haha..sebenarnya terkesan dari filem Eat Pray Love lakonan Julia Roberts. Sampaikan tourist guide kami yang baik hati dan menyenangkan itu, Komang Dodi, namanya, bertanya beberapa kali, ini pertama kali datang ke Bali ye? Menurut beliau, selalunya, pelancong pertama kali datang ke Bali, akan tinggal di Kuta. Kali kedua datang, baru ke Ubud atau Sanur. Jawapan kami, dah buat banyak research di internet. Kuta lebih moden, macam KL juga, dengan nightlife, traffic jam, touristy things…
Jalanraya ke Ubud

Ubud lebih kekampungan. Malamnya tiada aktiviti luar. Ya, Ubud itu di kampung. Sri Ratih Cottages, hotel yang dipilih bersebelahan dengan sawah padi. Memang kami tidak silap memilih hotel ini berdasarkan review beberapa pelancong yang pernah menginap disini. Low density – 49 unit sahaja. Memenuhi citarasa.. senibina Bali beserta taman yang luas dengan flora dan fauna..Dan malamnya, tidur kami diselimuti dengan dingin malam Ubud..didendangkan dengan curahan air hujan di bulan November...



 Reception area di Sri Ratih Cottages 
 
Breakfast cuma ada tiga pilihan – American, Oriental and Bali style. Pilih breakfast yang selamat – halalan toyyiban, InsyaAllah. American style – toast, butter and jam (dijamin halal oleh Majlis Agama Islam Indonesia), scrambled egg dan kopi Bali serta Bali deserts. Bali deserts ni ada tiga jenis kuih-muih tradisional Bali – semuanya jenis kukus. Ada macam kuih koci, macam pulut panggang, tepung bungkus, namanya..Wallahua’lam. Terlupa pula nak ambil gambar..

Itinerari pagi Ahad bermula dengan menyaksikan Tarian Barong and Kris di Jambe Budaya di Batubulan. Dalam perjalanan ke Batubulan, kami disaji dengan hasil seni ukiran batu-batu yang diletak di tepi-tepi jalanraya. Ya, di Bali sudah mengamalkan ‘satu daerah, satu industri’

Tarian Barong dan Kris menceritakan pertentangan diantara kuasa baik dan kuasa jahat, dimana selama-lamanya kuasa ini sentiasa berlawan diantara sesama sendiri. Konsep Yin dan Yang. Di Bali, memang banyak kelihatan patung-patung yang dipakaikan satu kain berpetak hitam dan putih, yang menggambarkan konsep ini. Mengikut Google, kain ini dipanggil ‘poleng’. Seperti yang dipakai oleh penari-penari didalam gambar dibawah.
 

Selesai menon
ton tarian ini lebihkurang dalam satu jam, kami bergerak ke tempat membuat batik lukisan tangan. Tiada yang menarik, lebih kurang di Terengganu juga. Tiada membeli apa-apa di sini, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya.
 

Kami dibawa ke Celuk untuk melihat pertukangan perak. Disini kami diperkenalkan dengan sejenis buah yang boleh mengilat barangan emas dan perak. Terlupa pula apa nama buah tu. Sesi pilih-memilih dan tawar-menawar, akhirnya dapat juga sebentuk cincin perak dengan permata hijau sebagai souvenir. Buat kenang-kenangan.


Destinasi seterusnya, Pande Art, sebuah galeri lukisan. Bali sememangnya terkenal dengan galeri-galeri lukisan dan hasil lukisan-lukisannya diletakkan di luar kedai sahaja. Dipamerkan kepada lalu lintas. Bermacam-macam jenis lukisan yang ada – acrylic, lukisan minyak, water colour, etc. Menarik dan tertarik, tetapi tiada dalam budget. Harganya ratusan ringgit, jutaan rupiah..bukan peminat tegar, pengumpul jauh sekali.. Lupakan sahaja, layan gambar…take nothing but photographs..
 

Bersambung..

2 comments:

  1. dok di tpt bersuasana kg mmg terapi yg baik utk relax ... kat indonesia ni bab halal mmg susah sikit nak cari kan ... sbb org indon ni sama je tapi agama lain2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. best duduk sini, sangat tenang...ya, betul, bab halal ni payah sikit..pilih yg selamat..susah nak tentukan mereka ni Muslim ke idok, walaupun bagi salam..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!