Tuesday 6 April 2010

Breakdown

12.00 tengahari.

Terlepas satu job. A big job. Job yang kadang-kadang muncul. Once in a blue moon.

Terlepas hantar satu quotation. Hanya kerana tidak dapat e-mail hari Khamis minggu lalu. Terlalu baru dengan sistem 'e-perolehan'. Mana nak baca manual, nak klik mana, nak isi borang, nak add attachments. Tambahan pula dengan server yang lembab dan laman web klien yang popular. Mungkin ramai yang berlumba-lumba untuk hantar quotation di saat-saat akhir.

Kerja last minute memang melemaskan, mendebarkan. At last, at 12 noon on the dot, the system automatically shut down.

Kecewa. Hampa. Setelah berhempas-pulas.

-

3.00 petang.

Dipanggil ke bilik CEO.

Sesi interogasi, no, no, sesi post-mortem. Sampai receptionist (yang transfer call), steno (yang check email), yang menunggu kalimah 'SEND' with bated breath (me & TBY), GM, Director, berkumpul untuk persidangan meja bulat.

Mari sama-sama nyanyi lagu ini....

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, ikan tak mau naik.
Ikan, oh ikan, kenapa tak mau naik?
Macamana aku tak naik, hujan tak mau turun.
Go..on..and on..

Teamwork.

Aku letih, mau pulang.

Suratan takdir. Kita hanya boleh berusaha...
(satu catatan dengan minda yang letih)

11 comments:

  1. @ikan emas,
    dateline trlampau menghimpit..

    @puteri,
    kalau ada slurpee kan best..

    ReplyDelete
  2. buat air perisa buah..
    buh dlm freezer..
    nnt dah kras, bawk kuar dr peti ais..
    tekan2, cucuk2 dgn grpu@sudu..
    haaa ala2 slurpee la tu
    :)

    ReplyDelete
  3. KAdang-kadang saya terfikir, adakah kerja atau belajar lebih memenatkan minda?

    ReplyDelete
  4. Yang membaca juga terasa penatnya. Paling best, lepas dah masuk info dalam sistem, tiba-tiba tersalah tekan button, terus password kena lock. Menangis memang tak ada lagu dan irama.

    ReplyDelete
  5. sungguh takdok rezeki,

    salamm,

    ReplyDelete
  6. @puteri,
    good idea..free & easy.

    @faridrashidi,
    letih bekerja ni letih minda & fizikal, esp. kerja yg nak kena byk fikir, kena boleh zero defect, kalau tak klien lari..

    ReplyDelete
  7. eL,
    menangis dalam hati..kena marah lagi..

    tunbegia,
    salamm..apo nak dikato. A lesson learned - don't rely too much on the internet.

    ReplyDelete
  8. fzy fuzzy,
    cannot be rescued anymore..huhu..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!