Monday 28 September 2009

Makan, makan & makan..

Salam Aidil Fitri dan selamat kembali bertugas. Hari ini memang betul alami sindrom 'Monday blues'. Minda masih belum pulih sepenuhnya dari bercuti selama 10 hari. Inilah namanya manusia, bila takde kerja, nak kerja, bila dah ada kerja, asyik fikir cuti.

Selama seminggu Hari Raya, aktiviti makan-makan berlangsung dengan jayanya. Apa yang kita makan dalam masa seminggu yang lepas? Dari 20-09-2009 hingga 27-09-2009? 


Ya, sudah tentu jawapannya..lemang, ketupat, rendang, pulut, lontong, nasi impit, kuah kacang, sate, pelbagai jenis sajian nasi, mee dan mihun, pelbagai sajian daging, ayam, kambing, kuih-muih, kek, biskut raya and the list goes on...and on..

Kalau dikumpul-kumpul apa kita makan selama seminggu yang lepas, rasa-rasanya melebihi gambar-gambar dibawah ni yang menunjukkan makanan yang dimakan selama seminggu oleh dua keluarga di dua negara yang berbeza, negara maju dan negara mundur.


USA
Mali
Gambar2 dari buku 'Hungry Planet' oleh Peter Menzel & Faith D'Alusio

Bersyukurlah, kerana di Malaysia ni kita mewah dengan pelbagai jenis makanan berbanding dengan Mali. Lebih berkhasiat dari di USA.

Hmm...tengok pizza, rasa nak makan pizza pulak. Bilalah marathon 'open-house' nak bermula? On the mark...

5 comments:

  1. Masa tengok makanan penuh atas meja dengan berbagai jenis rasa rendang daging, siap ada nasi goreng lagi pagi raya ke-2, terfikir apa yang Nohas cakap ni. Terdiam sekejap masa tu. Walau tak mewah, mereka tetap tersenyum manis.

    Harap-harap Isnin minggu depan kita tak sama jadi Garfield ye :-)

    ReplyDelete
  2. @eL, dah takleh jadi Garfield dah, kerja byk..

    @bujang susah, Alhamdulillah diatas segala pujian. Blog biasa shj, sekadar utk melepaskan tension kerja. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin juga utk anda.

    ReplyDelete
  3. Tersentuh apabila mereka sanggup 'merompak' makanan di Padang,Indonesia bila manusia semakin lapar.

    ReplyDelete
  4. Sedih melihat keadaan mereka,saudara serumpun, cubit peha kanan, peha kiri terasa juga.

    ReplyDelete
  5. Pelarian di Syiria tu nak makan nasi pun tak dapat...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!