Monday 1 June 2009

Hari Ibu @ Brisdale

Alhamdulillah, pada pagi Sabtu, 30 Mei 2009, saya sempat menghadiri sambutan Hari Ibu anjuran PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan di Hotel Brisdale, Jalan Haji Hussein..


Peserta-peserta yang hadir


Pegawai PERKIM negeri, Encik Jogi menyampaikan hadiah kepada ibu bertuah



Dalam Slot 1: Ibu Mithali Inspirasi Ummah, Ustazah Norhafizah Musa memaparkan ciri-ciri ibu lemah vs ibu kuat..

Ciri-ciri ibu lemah
  1. Tidak tahan diuji/sempit dada/tidak luas fikiran/emosi sering tidak terkawal
  2. Tiada motivasi atau semangat yang tinggi untuk menggiatkan amal soleh
  3. Senang dengan dunia lebih dari akhirat, lebih pentingkan pandangan manusia dari pandangan Allah
  4. Berjiwa kotor - hati berpenyakit

Bagaimana membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan diatas:

  1. Kekuatan solat
  2. Kekuatan mujahadah
  3. Kekuatan rahmah (kasih sayang)
  4. Kekuatan doa
Solat yang bagaimanakah menjadi benteng kepada segala kemaksiatan hati dan fizikal:
  • Tabiat solat di awal waktu
  • Terbit dari rasa takut/harap/kasih kepada Allah
  • Untuk memenuhi tujuan zikrullah seperti dalam Surah Toha, ayat ke-14
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.


Slot 2: Wanita dari kacamata lelaki oleh Ustaz Fauzi Mustafa, pengacara program Al-Kuliyyah TV3 dengan siapakah wanita dan sepuluh 'P'.
  1. Wanita sebagai Peneman hidup lelaki
  2. Wanita sebagai Pembantu lelaki
  3. Wanita sebagai Pengurus hidup suami
  4. Wanita sebagai Pentadbir rumah tangga
  5. Wanita sebagai Penyeri hidup lelaki
  6. Wanita sebagai Pelengkap kepada lelaki
  7. Wanita sebagai Penawar kepada lelaki
  8. Wanita sebagai Penasihat kepada lelaki
  9. Wanita sebagai Pendengar yang baik
  10. Wanita sebagai Pembakar semangat lelaki

Selama seminggu bergelut dengan tuntutan kehidupan seharian, santapan rohani ini benar-benar 'a food to the soul & mind'...

5 comments:

  1. teringat kat mak....padahal baru smlm jumpa.

    ReplyDelete
  2. bertuahnya dapat hadiri program ni...emm...diri ni dah lama x berpeluang ke pgram2 tarbiah d luar...syukran atas perkongsian ilmu ni...:)

    ReplyDelete
  3. Emblem of Purity,
    Ingatan pada ibu sentiasa mekar di hati & minda..

    a.t.u.l.a.s.c.a
    Alhamdulillah. Sekali dalam seminggu hadiri program macam ni, really refresh the mind & soul..

    ReplyDelete
  4. Ada juga program macam nie ye... bagi teman, hari-hari adalah hari ibu... Ibu sentiasa di hati teman... tak perlu ada hari yang khusus untuk meraikan ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali meraikan ibu-ibu..tapi dah tak buat program mcm ni..buat program tazkirah biasa..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!