Tuesday, 25 March 2025

Office deko di bulan Ramadan

 Salam 24 Ramadan

sempena bulan puasa dan hari raya, ada decoration tambahan

di counter receptionist

deko bertemakan bulan Ramadan dan Hari Raya

bongkahan-bongkahan kayu dan lipatan kertas

kreatif!! tema menara masjid..

 

di tingkat 9, deko yang sama tema

 

cantik...ukiran kayu tema menara masjid
 
 
Kreatif sungguh...
 

Wednesday, 19 March 2025

Catatan 14 Ramadan..

Salam 18 Ramadan..

Alhamdulillah, dah hari ke 18 kita berpuasa..semoga semuanya sihat-sihat belaka..

Hari Sabtu lepas, adik bongsu sekeluarga datang rumah untuk berbuka bersama. Jom tengok menu apa yang disediakan..

Aktiviti dimulakan dengan pergi membeli barangan basah di pasar.. 

ramai orang di pagi Sabtu
 
sayur-mayur dan ikan-ikan

 Selepas beli, balik ke rumah, berehat, beres2 barang2 yang dibeli
selepas solat Zohor, bergerak ke KPJ Tawakal, ziarah makcik 
makcik baru operate lutut. Dalam pukul 3 lebih, bergerak balik
singgah di bazar Ramadan pula, first time pergi BaRam tahun ni
 
 
 beli roti boom planta di sini
 
target gerai ni untuk next time
katanya sedap roti mantou dia
 

 Untuk juadah berbuka, masak di rumah

 laksa Penang, sayur kacang panjang & carrot, 
ayam masak merah, buah tembikai
 
 sayur dan bahan2 untuk laksa
 
 
 ayam masak merah

ada pecal juga, kuah pecal beli di kampung
bahan2nya..timun, tauge, kangkung, kobis 

Adik bawa ayam bakar Baker's Cottage, fruit punch, kek pisang

laksa & fruit punch 

Alhamdulillah..

Tuesday, 18 March 2025

Salam Nuzul Al-Quran 1446H

Salam 17 Ramadan
 
 

"Ya Allah, jadikanlah kami daripada ahli al-Quran, kabulkanlah
segala cita-cita kami mengenai urusan dunia dan akhirat dengan syafaat (pertolongan) al-Quran, perkenankanlah, Ya Allah (3x), wahai Tuhan sekelian alam" 
 
Amiin..Ya Robbal'alamin..